Pengundi muda harap Naim, MIHA bawa pembangunan sukan, pendidikan di Kinabatangan

KINABATANGAN – Golongan pengundi muda meletakkan harapan tinggi agar calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar, dapat memperjuangkan pembangunan kemudahan sukan dan pendidikan sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.

Bagi pelajar, Shazuan Nordin, 22, dia melihat Naim sebagai calon yang mesra rakyat khususnya kepada golongan belia di kawasan itu.

“Pada pandangan saya, Naim sangat mesra dengan rakyat terutama belia di sini dan sebagai pengundi muda, kami mengharapkan Naim dapat bekerja dengan baik di Parlimen Kinabatangan.

“Saya harap Naim Moktar dapat menyuarakan keperluan untuk mendapatkan kompleks sukan di daerah ini kerana kemudahan sedemikian amat diperlukan oleh para belia,” ujarnya.

Dia turut berharap calon PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA) akan bekerjasama dengan Naim Moktar bagi merealisasikan pembangunan tersebut.

Sementara itu, pelajar Tingkatan 6, Suefa Razia, 19, berharap agar pembangunan pendidikan turut diberi perhatian, khususnya di kawasan Sukau.

“Saya berharap kampung halaman saya di Sukau dapat dibangunkan dengan adanya sekolah Tingkatan Enam supaya saya tidak perlu menyewa jauh dari rumah.

“Pembinaan sekolah berkenaan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup termasuk perbelanjaan kerana sekarang saya bersekolah di kawasan Bukit Garam kira-kira 70 kilometer dari rumah dan terpaksa menyewa di sana,” kongsinya kepada wartawan The Malaysia Press, di Kinabatangan, pada Isnin.

Related Posts

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

SARATOK – Sambutan Hari Gawai bukan sekadar acara tahunan bagi meraikan budaya dan warisan masyarakat Dayak, malah ia menjadi lambang perpaduan serta keharmonian rakyat pelbagai kaum di Sarawak. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

GERIK – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di kawasan Puncak Gerik, Lebuhraya Timur-Barat (JRTB),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah