Pengundi DUN Kuamut minta wakil rakyat baru fokus isu asas

TONGOD – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut menekankan isu asas seperti bekalan elektrik, air bersih, rangkaian internet dan keadaan jalan raya sebagai keutamaan yang perlu diberi perhatian oleh wakil rakyat yang bakal dipilih.

Seorang pengundi, Juitah Juspin, 30, berkata bekalan elektrik adalah isu paling mendesak diikuti bekalan air dan rangkaian internet, terutamanya di kawasan pedalaman.

“Di kawasan pedalaman ini, bekalan elektrik kerap terputus. Dalam seminggu, ada kalanya bekalan padam beberapa kali.

“Bekalan air pula tidak menentu, kadang-kadang ada dan kadang-kadang tiada, malah ada masa air keluar secara perlahan,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, di Tongod, pada Ahad.

Juitah turut menyatakan bahawa masalah rangkaian internet perlu diberi perhatian kerana penduduk luar bandar tidak seharusnya ketinggalan daripada arus pembangunan dan maklumat semasa.

Sementara itu, seorang lagi pengundi, Ailriel Bethris Alisius, 28, berkata isu utama yang dihadapi penduduk di Tongod adalah berkaitan jalan raya, elektrik dan air.

“Bagi saya, tiga perkara ini paling penting dan perlu diselesaikan dengan segera kerana ia memberi kesan besar kepada pergerakan, ekonomi dan kesejahteraan penduduk,” ujarnya.

Beliau berharap wakil rakyat yang bakal dipilih kelak bukan sahaja mendengar aduan rakyat tetapi turut mengambil tindakan bagi menangani masalah yang dihadapi penduduk DUN Kuamut.

  • Related Posts

    Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

    KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

    Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

    Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

    Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

    Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

    Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

    PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

    PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

    MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

    • By Fatin
    • October 9, 2026
    MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

    GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

    GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding