DUN Pulau Tawar bantu 300 murid gunting rambut percuma

KUANTAN – Berkat kerjasama anak muda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, kira-kira 300 murid-murid sekolah dapat menikmati perkhidmatan gunting rambut secara percuma.

Kumpulan anak muda yang memiliki kemahiran menggunting rambut itu menawarkan perkhidmatan berkenaan di beberapa lokasi terpilih, petang semalam.

Penyelaras DUN Pulau Tawar, Norsarfinaz Mohd Azman berkata, program itu adalah antara inisiatif UMNO Bahagian Jerantut dalam membantu meringankan bebanan ibu bapa menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu, Isnin ini.

“Kita sudah melaksanakan beberapa siri program ‘Kembali Ke Sekolah’ sebelum ini, dan hari ini (semalam) kita anjurkan program gunting rambut percuma kepada anak-anak sekitar DUN Pulau Tawar.

“Alhamdulillah, kita dapat kerjasama baik daripada tukang gunting yang mahir dan semuanya adalah anak muda dari kawasan ini,” katanya.

Beliau hadir merasmikan program itu di Dewan Terbuka Mat Kilau, dekat Bukit Rang, Jerantut dan turut disertai sukarelawan daripada Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) Parlimen Jerantut.

Katanya, selain membantu dalam memastikan kelancaran program, MTSP Jerantut turut menyediakan jamuan ringan kepada peserta.

“Saya rasa ini adalah kejayaan bersama dan MTSP Jerantut juga banyak membantu.

“Begitu juga sokongan daripada ibu bapa yang hadir bersama anak mereka, menjadikan program ini dapat mencapai sasaran seperti dirancang,” katanya.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh