Wanita rugi RM270,800 terpedaya ‘Love Scam’ lelaki UK

MIRI – Hasrat seorang wanita untuk bertemu kekasih alam maya tidak kesampaian, malah menanggung kerugian RM270,800 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan ‘Love Scam’.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa yang berusia awal 40-an itu membuat laporan polis pada Rabu berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, episod malang itu bermula pada Oktober 2025 selepas mangsa berkenalan dengan seorang lelaki di laman Facebook yang memperkenalkan diri sebagai Kenneth Liu Zhang, warga United Kingdom.

“Selepas berhubung menerusi aplikasi WhatsApp, suspek berjanji untuk datang ke Malaysia bagi menemui mangsa pada 22 Disember tahun lalu.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita mendakwa pegawai kastam yang memaklumkan ‘teman lelakinya’ itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa wang tunai melebihi had dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelas Mohd Farhan, mangsa kemudiannya diarahkan membuat bayaran kompaun bagi membebaskan suspek.

Akibat panik dan percaya, mangsa telah melakukan sebanyak 37 transaksi pemindahan wang ke beberapa akaun bank berbeza secara berperingkat.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila suspek terus mendesak meminta bayaran tambahan dengan pelbagai alasan tidak munasabah,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, Mohd Farhan menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berinteraksi di media sosial dan tidak mudah mendedahkan maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali.

Tambahnya, mangsa penipuan siber yang baru melakukan transaksi kewangan disaran segera menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

Orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui portal semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.

Related Posts

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

LIMBANG – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran terus memperkukuh pentadbiran dan lebih kreatif memacu ekonomi setempat bagi mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan