Muhyiddin ahli politik keras kepala, bukan ‘perwira politik’ – Puad Zarkashi

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menyifatkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai seorang ahli politik yang keras kepala dan bukan seperti digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai ‘perwira politik’.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan ahli akademik, Prof Dr Tajuddin Rasdi, yang menyifatkan Muhyiddin memiliki keupayaan luar biasa dalam mengawal percaturan politik, termasuk kononnya mampu ‘menjentik’ rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN).

Menurut Mohd Puad, gambaran sedemikian tidak selari dengan realiti sebenar yang berlaku dalam PN dan juga Bersatu.

“Hakikatnya, Muhyiddin tahu sokongan terhadap beliau ketika itu sangat rapuh. Hanya tiga Ahli Parlimen Bersatu menyokongnya, manakala selebihnya menyebelahi Datuk Seri Hamzah Zainudin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata, peletakan jawatan beberapa pemimpin negeri seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak memberi kesan besar kerana mereka bukan Ahli Parlimen, sekali gus tidak mengubah kedudukan Muhyiddin di peringkat nasional.

Mengulas kejatuhan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan, beliau berkata tindakan itu bukanlah strategi politik yang hebat, sebaliknya berpunca daripada kegagalan mempertahankan sokongan majoriti, walaupun selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan.

“Di mana ‘perwira politiknya’? Jika benar beliau kuat, mengapa terpaksa meletakkan jawatan?” katanya.

Mohd Puad turut mendakwa Muhyiddin menunjukkan sikap keras kepala apabila mengisytiharkan darurat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), serta menolak nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berpendapat, walaupun Muhyiddin cekap memanipulasi keadaan politik, kekuatan beliau di peringkat akar umbi sangat lemah, menyebabkan Bersatu gagal bertahan sebagai parti dominan dalam PN.

“Penguasaan akar umbi kini berada di tangan Hamzah. Keadaan ini menyebabkan Muhyiddin semakin terpinggir dan akhirnya meninggalkan PN,” katanya.

Mohd Puad juga mendakwa Muhyiddin menjadi punca kemerosotan PN, termasuk kekalahan teruk gabungan itu di Perlis dan Sabah, sambil menambah bahawa keadaan tersebut tidak memberi kesan kepada UMNO.

“UMNO tidak terjejas. Malah, keadaan ini menguntungkan UMNO. Pas sendiri tahu Bersatu sedang menuju ke penghujung, sebab itu tiada minat untuk terus memimpin PN,” katanya.

Menurutnya lagi, perancangan jajaran politik baharu oleh Hamzah menandakan masa depan PN yang semakin samar.

Related Posts

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

UMAT Islam tidak boleh menentukan seseorang itu bakal menjadi penghuni syurga atau neraka kerana perkara tersebut merupakan hak mutlak Allah SWT, kata Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Tuan Guru Sheikh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

KUALA LUMPUR – Keterbukaan UMNO untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat bukti kukuh bagi tujuan pendakwaan disifatkan sebagai pendirian yang tepat, kata Tan Sri Noh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim

Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim