B40 dan belia Perak nikmati lesen motosikal percuma

Oleh: Azlina Kamal

Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan inisiatif lesen motosikal percuma khas untuk golongan B40 dan belia. Program yang dikenali sebagai MyLesen B2 ini tergolong dalam kumpulan B40 bertujuan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan bagi memiliki lesen memandu yang sah untuk kegunaan harian.

Melalui inisiatif ini, peserta yang layak akan menerima lesen motosikal kelas B2 secara percuma, dimana semua kos utama ditanggung oleh kerajaan. Kos tersebut merangkumi latihan di institut memandu, kelas teori, ujian bertulis serta ujian praktikal JPJ.

Inisiatif Ini dapat mengurangkan beban kewangan golongan yang memerlukan kerana lazimnya kos untuk mendapatkan lesen motosikal adalah sekitar RM400 hingga RM600.

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 16 tahun ke atas, tergolong dalam kumpulan B40 atau belia, serta belum memiliki lesen motosikal sebelum ini. Selain itu, pemohon perlu sihat tubuh badan dan tidak disenarai hitam oleh JPJ atau pihak berkuasa.

Cara permohonan bagi program ini adalah melalui pengumuman rasmi JPJ Negeri Perak. Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang disediakan sama ada secara dalam talian atau melalui saluran yang ditetapkan oleh JPJ Perak. Permohonan adalah tertakluk kepada kuota negeri, dan pemohon disarankan untuk memohon seawal mungkin. Bagi yang ingin memohon pastikan sentiasa semak laman sesawang JPJ atau laman sosialmedia JPJ negeri Perak atau negeri masing-masing.

Peranan JPJ Perak amat penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini, termasuk pemilihan peserta, penyelarasan latihan dan pelaksanaan ujian lesen. JPJ Perak juga bertanggungjawab menyampaikan maklumat terkini berkaitan tarikh permohonan dan senarai peserta yang berjaya.

Program ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan malah meningkatkan keselamatan jalan raya serta menyediakan peluang pendidikan serta pekerjaan kepada rakyat Perak.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan