Penyelarasan seragam sekolah 2027 perlu penelitian menyeluruh – KGBS

KUCHING – Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) secara prinsipnya tidak menolak cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyelaraskan pakaian seragam sekolah di seluruh negara bermula sesi persekolahan 2027.

Presidennya, Zulkiflee Sebli berkata, pihaknya memahami hasrat KPM untuk memupuk semangat perpaduan selain mengurangkan beban kewangan ibu bapa akibat kepelbagaian reka bentuk seragam sedia ada.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan dasar tersebut perlu dibuat secara berhati-hati, berperingkat dan menyeluruh.

“Pertama, identiti dan budaya sekolah perlu diberi pertimbangan sewajarnya kerana setiap sekolah mempunyai latar belakang serta sejarah tersendiri.

“Penyelarasan tidak seharusnya menghapuskan sepenuhnya elemen identiti sekolah, sebaliknya perlu memberi ruang fleksibiliti yang terkawal,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zulkiflee berpandangan isu kos bukan hanya melibatkan warna atau reka bentuk, tetapi merangkumi aspek bahan, kualiti dan harga pasaran.

Jelas beliau, perubahan seragam berisiko menambah kos awal kepada ibu bapa sekiranya tempoh peralihan tidak dirancang dengan rapi.

“Aspek keselesaan murid dan kesesuaian dengan iklim Malaysia turut menjadi keutamaan. Material seragam perlu praktikal untuk aktiviti pembelajaran serta kokurikulum khususnya dalam cuaca panas dan lembap,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar penyelarasan tersebut disertai dengan penguatkuasaan garis panduan sedia ada bagi mengelakkan pertambahan uniform tidak rasmi yang membebankan.

Justeru, Zulkiflee menyarankan agar sesi libat urus menyeluruh diadakan melibatkan kesatuan guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“KGBS komited untuk terus memberikan pandangan konstruktif demi memastikan dasar baharu ini memberi manfaat terbaik kepada murid, guru dan ibu bapa khususnya di Sarawak,” tambahnya.

Related Posts

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

SEMPORNA – Seorang pekerja resort yang cedera selepas terjatuh di Pulau Tubing, dekat sini, hari ini dipindahkan melalui operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

SANDAKAN – Empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menebang pokok dan menceroboh kawasan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan