Pengumuman PM cerminkan kesediaan kerajaan dengar pandangan pelbagai pihak – Fahmi

PENGUMUMAN yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencerminkan kesediaan kerajaan untuk memberi perhatian serius terhadap pandangan pelbagai pihak, termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta parti politik, sekali gus menetapkan hala tuju baharu pentadbiran negara, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pengumuman berkenaan diyakini akan disambut baik oleh sektor perniagaan dan mencerminkan kesediaan kerajaan mendengar pandangan industri bagi memastikan ekosistem perniagaan negara kekal mampan serta berdaya saing.

Fahmi berkata, daripada segi pendidikan, kerajaan bukan sahaja meningkatkan peruntukan kepada semua jenis sekolah, malah mempercepat beberapa kelulusan bagi menambah baik struktur serta infrastruktur sekolah, sekali gus mempercepat pelaksanaan projek berkaitan.

“Bagi kontraktor G1 hingga G4 pula, beberapa proses telah dipermudah dan langkah ini akan memberi manfaat secara langsung kepada industri pembinaan kecil,” katanya memetik laporan BH.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pengumuman Perdana Menteri pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.

Fahmi berkata penambahbaikan berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta pelaksanaan e-Invois turut memberi kelegaan kepada sektor perniagaan, khususnya PMKS, dengan harapan peningkatan pendapatan syarikat dapat diterjemahkan kepada pulangan yang lebih baik kepada pekerja.

Beliau menambah, pengumuman berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan, SARA untuk Semua RM100 secara sekali bayar, serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 disifatkan melegakan rakyat dan memastikan maklumat sampai kepada penerima dengan cepat.

Beliau berkata, kira-kira 96 peratus penerima SARA untuk Semua RM100 telah menebus bantuan berkenaan, sekali gus membuktikan penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengagihan adalah efisien, tepat sasaran dan berkesan dalam mengurangkan ketirisan.

“Ini adalah pencapaian baik, khususnya bagi Kementerian Kewangan,” katanya.

Menurut Fahmi, pengumuman empat rang undang-undang (RUU) utama turut mencerminkan hala tuju reformasi institusi di bawah Kerajaan MADANI, meliputi kebebasan maklumat, penubuhan Ombudsman, pemisahan bidang kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, serta had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun atau dua penggal.

Beliau berkata keputusan besar itu telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dan kerja-kerja penyediaan RUU berkaitan akan diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Selepas ini, banyak kerja akan ditanggung Datuk Seri Azalina untuk menyiapkan RUU supaya dapat dibentangkan pada sidang Parlimen bermula 19 Januari ini.

“Kita menjangkakan menjelang Tahun Baharu Cina, beberapa daripada empat RUU ini akan dibawa untuk diluluskan di Parlimen,” katanya.

Fahmi menegaskan bahawa langkah-langkah berkenaan membuktikan kesungguhan Kerajaan MADANI bukan sahaja dalam meringankan beban sektor perniagaan dan membantu golongan memerlukan, malah dalam membina legasi reformasi institusi yang berkekalan untuk negara.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil