Khidmat Masyarakat Akta 672: Antara pendidikan sivik dan cabaran penguatkuasaan kebersihan awam

Oleh: Syahrul Mubin

Penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta 672 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 1 Januari 2026 boleh dilihat sebagai satu peralihan pendekatan dasar, daripada hukuman semata-mata kepada usaha membentuk tingkah laku awam. Isu pembuangan sampah kecil di tempat awam sebenarnya bukan berpunca daripada ketiadaan undang-undang, tetapi kegagalan disiplin sivik. Dari sudut itu, hukuman berbentuk khidmat masyarakat mempunyai rasional: pesalah dipaksa berhadapan secara langsung dengan kesan perbuatan mereka, bukan sekadar “membayar dan lupa”.

Di Selangor, laporan akhbar ada memaklumkan bahawa sebahagian masyarakat di kawasan Ampang Jaya contohnya, mereka menyambut baik penguatkuasaan lebih tegas ini dan berpendapat denda yang tinggi mampu menimbulkan rasa gerun sekali gus membuatkan orang ramai lebih berhati-hati dan menyifatkan undang-undang ini wajar dilaksanakan memandangkan tahap kesedaran kebersihan masih rendah, namun keberkesanannya perlu dinilai selepas ia mula dikuatkuasakan pada 2026.

Walaubagaimanapun, ada andaian lemah yang perlu dipersoal. Anggapan bahawa semua lapisan masyarakat akan “insaf” hanya dengan 12 jam menyapu sampah adalah terlalu optimistik. Tanpa penguatkuasaan konsisten dan pemantauan tegas, hukuman ini berisiko menjadi simbolik sahaja. Lebih membimbangkan, jika pelaksanaan tidak adil atau bersifat terpilih, ia boleh mencetuskan persepsi bahawa undang-undang ini sekadar menyasarkan golongan tertentu, sekali gus melemahkan kepercayaan awam.

Dari sudut kesan kepada masyarakat, dasar ini berpotensi memberi impak positif jika dilaksanakan secara berperingkat dan berhemah. Ia boleh meningkatkan kesedaran kolektif bahawa kebersihan adalah tanggungjawab bersama, bukan tugas pihak berkuasa tempatan semata-mata. Dalam jangka sederhana, norma sosial boleh berubah contohnya membuang sampah kecil tidak lagi dianggap remeh, tetapi memalukan. Namun kesan ini hanya akan berlaku jika mesej pendidikan disampaikan serentak, bukan melalui hukuman sahaja.

Kesimpulannya, Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta 672 ialah langkah berani dan relevan, tetapi bukan penyelesaian tunggal. Jika kerajaan beranggapan hukuman ini sahaja mencukupi tanpa pelaburan dalam pendidikan sivik, kemudahan awam dan budaya pemantauan yang adil, maka dasar ini akan gagal mencapai matlamatnya. Disiplin masyarakat tidak lahir daripada takut semata-mata, tetapi daripada kefahaman, konsistensi dan keadilan pelaksanaan.

Sumber: https://x.com/Media_Selangor/status/2007346478981988554

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan