Objek disyaki dari angkasa hanyut di Pantai Nenasi

PEKAN – Satu objek disyaki serpihan dari angkasa, ditemukan di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, objek berkenaan dijumpai penduduk kira-kira jam 5 petang sebelum memaklumkan kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Siasatan awal mendapati serpihan objek itu dipercayai jatuh dari angkasa ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus ke kawasan pantai di Nenasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, objek berukuran 4.26 meter x 3.64 meter itu telah diuji serta diteliti pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia dan mendapati ia bebas daripada sebarang radiasi.

Bagi tujuan keselamatan, objek berkenaan dipindahkan ke Balai Polis Nenasi untuk simpanan sementara, sebelum siasatan lanjut dijalankan kementerian berkenaan.

Tinjauan Bernama di Balai Polis Nenasi mendapati garisan polis dipasang di sekeliling objek itu dan serpihan yang difahamkan mencecah berat ratusan kilogram itu kelihatan dipenuhi teritip dengan beberapa permukaannya terkopak serta rosak.

Related Posts

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

TANGKAK – Usaha memperkukuh peranan Komuniti MADANI sebagai ejen penyampai maklumat yang berkesan terus diperkasakan menerusi penganjuran Program Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

SEMPORNA – Polis menahan dua individu warga asing selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan membuat bom ikan dalam satu serbuan di dua rumah tidak bernombor di Kampung Hidayat, Pulau Bum-Bum, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet