Wirtz akhirnya sumbat gol untuk Liverpool

PEMAIN bernilai RM633 juta, Florian Wirtz akhirnya menjaringkan gol pertamanya bersama Liverpool ketika The Reds menewaskan Wolves 2-1 dalam suasana penuh emosi di Anfield, dengan kedua-dua penyokong mengenang mendiang Diogo Jota.

Pasukan kendalian Arne Slot meledak dua gol dalam tempoh dua minit pada separuh masa pertama menerusi Ryan Gravenberch dan Wirtz.

Walaupun Wolves merapatkan jurang hasil jaringan Santiago Bueno, Liverpool tetap mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Wolves pula masih belum meraih sebarang kemenangan liga musim ini.

Wolves bimbingan Rob Edwards bertahan dengan baik sepanjang sebahagian besar separuh masa pertama sebelum Gravenberch memecah kebuntuan pada minit ke-41 menerusi penyudah hasil hantaran Jeremie Frimpong.

Seminit kemudian, Wirtz menyambar hantaran Hugo Ekitike sebelum tenang menyudahkan peluang melepasi Jose Sa untuk menggandakan kelebihan Liverpool.

Pelawat memperoleh sedikit harapan enam minit selepas babak kedua bermula apabila Bueno menjaringkan gol susulan selepas Alisson menepis tandukan Tolu Arokodare hasil sepakan sudut Wolves.

Edwards membuat tiga pertukaran sejurus selepas satu jam permainan ketika pasukannya memburu gol penyamaan, dan mereka hampir berjaya apabila tandukan Arokodare sedikit tersasar.

Namun, Liverpool kekal ampuh untuk mencatat tujuh perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai