‘Islam fleksibel, politik jangan ganggu keharmonian’

HUBUNGAN manusia dengan Allah dan sesama manusia adalah kemestian yang perlu difahami dengan baik dalam kehidupan beragama, kata Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Timur, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan pendekatan agama yang sepatutnya dihayati dengan penuh hikmah tanpa dipengaruhi kepentingan politik.

Menurutnya, seorang agamawan seharusnya tidak bertindak ‘rigid’ atau memaksa orang lain secara melampau hanya kerana mengikut pemahaman sendiri.

“Islam itu bukan agama yang rigid. Kelonggaran diberikan dalam keadaan tertentu, misalnya makan ketika terpaksa kerana lapar atau dalam situasi menyelamatkan nyawa. Tetapi kita sendiri yang kadang-kadang menjadikannya rigid kerana kepentingan politik atau diri sendiri,” katanya ketika menjadi tetamu dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Mohd Khir menegaskan, konflik dan kekeliruan sering timbul apabila isu agama dipolitikkan sehingga rakyat sendiri menjadi keliru.

Sebagai contoh, perbezaan amalan mazhab dalam Islam menunjukkan bahawa terdapat ruang untuk bertolak ansur, namun dalam konteks politik, sikap bertolak ansur itu sering hilang.

“Kalau kita betul-betul menghayati agama, letak tepi parti, hizb atau kepentingan peribadi. Mazhab pun ada empat, kita boleh bertolak ansur, tiada masalah. Tetapi dalam politik, kecil sahaja perselisihan, menjadi besar dan menjejaskan keharmonian,” jelas beliau.

Katanya, pendekatan berasaskan hikmah dan siasah yang mengutamakan kepentingan rakyat dan agama lebih penting daripada mengutamakan parti atau hizb tertentu.

Dengan cara itu, Islam dapat diamalkan secara menyeluruh dan harmoni dalam masyarakat.

“Yang besar ialah politik siasah yang mendirikan agama. Parti itu kecil sahaja, jangan biarkan ia menenggelamkan prinsip sebenar agama,” katanya.

Related Posts

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

SUBANG – Seramai 11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Nepal hari ini bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan operasi mencari serta menyelamat susulan bencana yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16