Trump pecat 30 diplomat kanan

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilaporkan memanggil pulang hampir 30 diplomat memegang jawatan duta dan kedudukan kanan di kedutaan AS di serata dunia.

Difahamkan, ia adalah sebahagian daripada usaha merombak semula dasar diplomatik negara itu di luar negara selaras dengan agenda ‘America First’.

Menurut dua pegawai Jabatan Negara AS yang enggan dikenali, ketua misi di sekurang-kurangnya 29 negara dimaklumkan minggu lalu bahawa tempoh perkhidmatan mereka akan berakhir pada Januari 2026.

Kesemua mereka dilantik ketika pentadbiran bekas Presiden AS, Joe Biden dan sebelum ini ‘terselamat daripada pembersihan awal’ pada bulan-bulan pertama penggal kedua Trump yang menyasarkan lantikan politik.

Namun, keadaan berubah apabila mereka menerima notis rasmi dari Washington mengenai penamatan tugas.

Jawatan duta adalah lantikan Presiden dan lazimnya berkhidmat antara tiga hingga empat tahun.

Mereka yang terbabit tidak kehilangan pekerjaan dalam perkhidmatan luar negara, akan kembali ke Washington untuk tugasan baharu sekiranya bersetuju.

Jabatan Negara AS enggan mengulas jumlah tepat diplomat yang terjejas, namun mempertahankan langkah itu sebagai ‘proses standard dalam mana-mana pentadbiran’.

Ia menegaskan bahawa duta adalah ‘wakil peribadi Presiden’ dan presiden berhak memastikan individu dilantik mendukung agenda ‘America First’.

Afrika menjadi benua paling terkesan dengan pengguguran membabitkan 13 negara termasuk Burundi, Cameroon, Cape Verde, Gabon, Ivory Coast, Madagascar, Mauritius, Niger, Nigeria, Rwanda, Senegal, Somalia dan Uganda.

Asia pula menyaksikan perubahan di enam negara iaitu Fiji, Laos, Kepulauan Marshall, Papua New Guinea, Filipina dan Vietnam.

Empat negara di Eropah (Armenia, Macedonia, Montenegro dan Slovakia) turut terkesan selain dua negara di Asia Barat (Algeria dan Mesir), Asia Selatan dan Tengah (Nepal dan Sri Lanka), serta Hemisfera Barat (Guatemala dan Suriname).

Politico adalah antara pihak pertama melaporkan pengguguran itu, yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penggubal undang-undang dan kesatuan mewakili diplomat AS.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam