Turkiye terlibat perbincangan fasa baharu gencatan senjata Gaza

MENTERI Luar Turkiye, Hakan Fidan dijadual menghadiri mesyuarat yang memberi tumpuan kepada situasi di Gaza di Miami, Amerika Syarikat (AS), esok.

Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat itu turut disertai wakil dari AS, Mesir dan Qatar.

“Perbincangan juga akan merangkumi isu serantau lain,” menurut kenyataan berkenaan, lapor Anadolu.

Sebelum ini, seorang pegawai Rumah Putih memberitahu Anadolu bahawa utusan khas AS, Steve Witkoff akan mengadakan pertemuan dengan wakil Türkiye, Qatar dan Mesir bagi membincangkan fasa seterusnya perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Mesyuarat itu diadakan hampir dua bulan selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa. Fasa pertama perjanjian terbabit merangkumi pemberhentian permusuhan, pengunduran separa tentera Israel, pertukaran tebusan dan tahanan, serta kemasukan penuh bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin itu.

Fasa kedua perjanjian, sebagaimana digariskan dalam pelan 20 perkara Presiden AS, Donald Trump, melibatkan penempatan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF), pelucutan senjata Hamas, pengunduran penuh Israel serta penubuhan sebuah jawatankuasa Palestin bersifat teknokrat untuk mentadbir Gaza secara sementara.

Bagaimanapun, rakyat Palestin menuduh Israel berulang kali melanggar perjanjian gencatan senjata yang menghentikan perang selama dua tahun itu, yang mengorbankan lebih 70,000 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain mencederakan lebih 170,000 orang sejak Oktober 2023.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 395 rakyat Palestin terbunuh manakala 1,088 lagi cedera dalam serangan Israel sejak gencatan senjata dilaksanakan.

Related Posts

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

BAYAN BARU – Hampir 5,000 pengunjung membanjiri Program MADANI Kita (PMK) Batu Maung@Bayan Baru di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara sekali gus mencatat antara kehadiran tertinggi bagi penganjuran program berkenaan setakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP