Hina mahkamah kes Zara Qairina: Mona Din mengaku bersalah, didenda RM300

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis menjatuhkan hukuman denda RM300 kepada Pempengaruh, Che Muna Din atau dikenali sebagai Mona Din selepas mengaku bersalah dalam kes menghina mahkamah yang didakwa berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan memerintahkan Mona dipenjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Dalam pada itu, Amir mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam percakapan dan penulisan, khususnya perkara yang boleh mengganggu perjalanan prosiding inkues kes berkenaan.

Menurutnya, perjalanan inkues boleh menjadi lebih panjang sekiranya wujud campur tangan atau kes-kes baharu akibat kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Cakaplah perkara-perkara yang baik. Sekiranya tiada yang baik, lebih baik tutup mulut,” tegasnya.

Terdahulu, Mahkamah turut membenarkan Mona bagi membuat penyataan mitigasi sebelum hukuman dijatuhkan.

Mona kemudian menyatakan telah memohon maaf secara terbuka kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi Facebook sebelum ini serta berjanji mematuhi segala undang-undang yang dikenakan terhadapnya selain memohon agar hukuman diringankan atas faktor menjaga seorang anak angkat menghidap ‘Sindrom Down’.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama