Pendekatan PMX bukti kepimpinan berteraskan Perlembagaan – Tok Abah

PENDEKATAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberikan layanan sama rata kepada semua negeri tanpa mengira perbezaan fahaman politik membuktikan kepimpinan berteraskan Perlembagaan serta komitmen tinggi terhadap prinsip Persekutuan, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Beliau berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan, Perdana Menteri memikul tanggungjawab sebagai ketua eksekutif tertinggi negara yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan wilayah Persekutuan.

“Pendekatan ini bukan pilihan politik, sebaliknya kewajipan kenegaraan. Perdana Menteri melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ismail berkata demikian ketika dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Menurut beliau, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menghasilkan Parlimen tergantung menuntut kepimpinan yang matang dan berprinsip, khususnya dalam mengimbangi perbezaan politik antara pusat dan negeri.

“Dalam keadaan landskap politik yang berbeza, Perdana Menteri memilih untuk meletakkan kepentingan rakyat dan kestabilan negara sebagai keutamaan, bukannya mengamalkan pendekatan menghukum negeri berdasarkan fahaman politik,” katanya.

Ismail menegaskan, pelabelan negeri tertentu sebagai negeri SG4 atau negeri pembangkang tidak seharusnya dijadikan asas dalam menentukan dasar dan tindakan Kerajaan Persekutuan.

“Perlembagaan telah menetapkan dengan jelas pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri. Selagi negeri itu berada dalam Malaysia, ia adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kebajikan rakyatnya terpelihara,” katanya.

Beliau berkata, usaha Perdana Menteri mengekalkan layanan adil kepada semua negeri juga bertujuan mempertahankan asas federalisme serta mengelakkan urus tadbir negara terperangkap dalam pertimbangan politik sempit.

“Politik boleh berbeza, tetapi urus tadbir negara tidak boleh dijadikan medan persaingan politik. Inilah mesej kepimpinan yang cuba disampaikan oleh PMX kepada rakyat,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan berteraskan Perlembagaan dan prinsip kenegaraan itu penting bagi memastikan perpaduan nasional terus diperkukuh dalam masyarakat majmuk dan landskap politik yang mencabar.

Related Posts

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

SUBANG – Seramai 11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Nepal hari ini bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan operasi mencari serta menyelamat susulan bencana yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16