Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI JKOM: Manfaat kerajaan disalur terus kepada rakyat

TAIPING – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) komited memastikan manfaat inisiatif Kampung Angkat MADANI disampaikan secara terus kepada rakyat melalui pelaksanaan projek infrastruktur dan pembangunan fizikal yang dilaksanakan dengan lebih cepat serta telus.

Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop berkata, pendekatan komunikasi secara langsung dengan penduduk kampung menerusi penglibatan pelbagai kementerian dan agensi mampu mengurangkan kerenah birokrasi yang sebelum ini melambatkan pelaksanaan pembangunan di peringkat akar umbi.

Menurutnya, kaedah tersebut juga selari dengan aspirasi Perdana Menteri dalam memperkukuhkan nilai ihsan serta memperkasa pembangunan seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI JKOM di pekarangan Surau Aziziah, Kampung Sungai Mati, Matang, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Pengarah JKOM, Suwadi Guliling dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JKOM, Kafrawi Ridzuan Tarmizi.

Kampung Sungai Mati dipilih sebagai kampung angkat JKOM, yang juga merupakan kampung kelahiran Datuk Ismail sendiri.

Ismail berkata, hampir RM600,000 diperuntukkan bagi kerja menaik taraf infrastruktur kampung melibatkan tujuh projek fizikal, antaranya penurapan jalan dan pembinaan sistem perparitan baharu.

Katanya, pelaksanaan inisiatif itu melibatkan Pejabat Tanah dan Daerah Larut, Matang dan Selama sebagai agensi pelaksana serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) selaku penyelaras projek.

“Impian saya selama ini adalah untuk membina sebuah dewan bagi kemudahan penduduk kampung. Buat permulaan, kemudahan tersebut dibina di kawasan surau dan kini sudah boleh digunakan.

“Bagi perancangan jangka panjang, pembinaan perparitan baharu turut dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir yang sering berlaku sebelum ini.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat kerana berjaya menyiapkan projek mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan