Belanjawan Sabah 2026 utamakan kesejahteraan rakyat – Hajiji

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Belanjawan Sabah Tahun 2026 sebagai satu belanjawan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Belanjawan ini adalah satu belanjawan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat seperti temanya iaitu Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pembentangan Belanjawan Sabah Tahun 2026 di Dewan Dewan Undangan (DUN) Sabah di sini pada Jumaat.

Jelasnya, kerajaan juga memberi tumpuan dalam penyelesaian terhadap masalah tiga serangkai iaitu air, jalan raya dan elektrik.

“Jadi inilah yang akan kita laksanakan untuk tahun depan.

“Selain daripada itu, tumpuan juga kepada isu-isu ataupun masalah tiga serangkai.

“Itu menjadi keutamaan kerajaan iaitu airnya, jalan rayanya dan juga elektrik luar bandar,” katanya.

Tambahnya, selain aspek infrastruktur kerajaan turut menekankan pembelaan kepada rakyat berpendapatan rendah melalui kesinambungan bantuan bagi golongan kurang berkemampuan.

“Jadi semua ini akan diberi keutamaan oleh kerajaan selain juga memberi pembelaan untuk bantuan diteruskan kepada rakyat yang kurang berkemampuan.

“Dan juga anak-anak kita yang bersekolah ini dari segi pendidikan, modal insan dan semuanya,” ujarnya.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu