Lelaki ditahan di Kabong atas kes ugutan, miliki pelbagai rekod jenayah lampau berkaitan dadah

SARATOK – Polis Saratok menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang juga bersatus Orang Bebas Berlesen, kerana disyaki terlibat dalam kes amuk dan mengugut bapa tirinya di Kampung Kabong pada 5 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 63 tahun, berada di rumah anak tirinya sebelum suspek bertindak agresif dipercayai berada di bawah pengaruh minuman keras.

“Mangsa bersama isterinya terpaksa melarikan diri kerana bimbang akan keselamatan diri mereka. Mangsa kemudian kembali ke rumah bersama cucunya untuk mengambil barangan penting, namun suspek cuba menyerang menggunakan sebatang kayu panjang,” jelas beliau dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan mangsa, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah Saratok berjaya menahan suspek di hadapan rumah tidak bernombor di Kabong pada hari yang sama.

“Polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging sepanjang 30 sentimeter dan sebatang kayu berukuran 122 sentimeter sebagai barang bukti,” tambah beliau.

Mathew memaklumkan suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta baharu dibebaskan dari Penjara Pusat Sri Aman pada 30 Mei 2025.

“Suspek masih memegang status Orang Bebas Berlesen sehingga 18 Disember 2025, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sering terlibat dalam penyalahgunaan dadah serta minuman keras,” katanya.

Dalam pengakuannya, suspek mengaku bertindak agresif kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian hasil sewaan rumah keluarga. Suspek turut mengeluarkan ugutan bunuh sambil memegang pisau dan cuba menyerang bapa tirinya menggunakan kayu ketika mangsa datang mengambil barangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang