Hajiji ketatkan tadbir urus, laporan prestasi GLC kini wajib setiap suku tahun

KOTA KINABALU – Semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun di Sabah untuk mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap suku tahun terus kepada Kerajaan Negeri bermula tahun depan, sebagai langkah memperketat tadbir urus serta memastikan pengurusan lebih berkesan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, laporan berkala itu penting bagi membolehkan Kerajaan Negeri memantau kemajuan projek, kedudukan kewangan, keberkesanan perkhidmatan serta pencapaian setiap entiti secara lebih teratur dan telus.

“Langkah ini penting untuk memantau prestasi setiap entiti,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Rabu.

Hajiji turut memberi amaran bahawa mana-mana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengurus Besar Kumpulan (GGM) atau Pengurus Besar (GM) yang gagal mengemukakan laporan, tidak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) atau menunjukkan prestasi kurang memuaskan akan disemak kedudukannya, termasuk kemungkinan ditukar atau ditamatkan perkhidmatan.

Menurutnya, semua ketua organisasi terbabit mesti menetapkan KPI yang jelas dan terukur serta memastikan setiap projek, inisiatif dan perbelanjaan mematuhi piawaian tadbir urus profesional, termasuk integriti kewangan dan ketelusan pelaksanaan.

“Sama ada berorientasikan keuntungan atau perkhidmatan sosial, semua entiti tetap bertanggungjawab menunjukkan komitmen, kecekapan dan integriti yang tinggi,” ujarnya.

Tambahnya, pemantauan yang lebih sistematik itu akan memperkukuh pentadbiran dan menyokong pelaksanaan Agenda Sabah Maju Jaya 2.0, sekali gus memastikan manfaat sampai secara langsung kepada rakyat Sabah.

Related Posts

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun mengalami kerugian sebanyak RM161,400 akibat ditipu dalam urusan tawaran tender pembekalan stesen jana kuasa mudah alih secara atas talian.   Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM salur 900 kotak air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

KABONG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan 900 kotak air minuman botol kepada penduduk Kampung Sungai Pala yang terjejas akibat musim kemarau, pada Khamis. Penghantaran fasa kedua dijangka menyusul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 kotak air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 kotak air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional