Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus dimanfatkan untuk melakar program yang jelas dan melaksanakannya demi  pembangunan untuk rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, beberapa tahun sebelum ini negara menyaksikan keadaan politik negara yang terumbang-ambing.

“Sekarang tiga tahun, kerajaan dan politik negara stabil, Alhamdulillah. Walaupun biasalah ada (sesetengah) ahli politik yang mengusik, jangan runsing bab itu, saya pun tidak runsingkan sangat. Hari-hari cakap Anwar turun, sekejap lagi saya turun (pentas).

“Alhamdulilah kita (kerajaan) dapat mencatat tentang pertumbuhan (ekonomi) 3.2 peratus, pengangguran tiga peratus, kemiskinan tegar 0.09 peratus (dan) pelaburan tertinggi di dalam sejarah. Semuanya okay, semua ikuti (pelan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Kerja Raya (KKR) sempena Himpunan Bulanan kementerian berkenaan, pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Ketua Setiausaha KKR, Datuk Seri Azman Ibrahim.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengakui ia bukan tugas yang mudah untuk dilaksanakan dalam tempoh setahun namun rakyat boleh menilaikan apa yang telah dilakukan sejak Kerajaan MADANI mentadbir negara ini.

Menurut beliau, masih ada sikap segelintir pihak yang tidak berfikiran positif apabila hanya akan melihat isu-isu yang negatif sahaja untuk menilai dan mengukur prestasi kerajaan.

“Jadi saya tanya kenapa kita pilih KKR? Sudah stabil dan rancangan sudah ada dan prestasi alhamdulillah dan untuk terus maju dengan kelajuan yang lebih meyakinkan sebagai agensi pelaksana dan tiada yang paling mencabar dan diharapkan tentunya KKR.

“Maknanya kalau kita bincang semua projek-projek, projek kecil itu masih penting yang dikendali oleh jabatan-jabatan lain tapi projek-projek pelaksanaan dan infrastruktur yang besar, itu KKR.

“Dan sebab itu saya pada hari ini, bagi rakan-rakan saya datang selain menyatakan penghargaan tentang apa yang dilakukan tapi meletakkan harapan yang sangat tinggi (ke atas KKR),” katanya

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat