Royalti buku Anwar disalur kepada pelajar keluarga miskin

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa semua royalti daripada penjualan buku terbaharunya, Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times, akan disumbangkan sepenuhnya bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira potensi jumlah keuntungan yang besar berikutan harga buku ditetapkan penerbit dianggap tinggi serta sambutan jualan yang menggalakkan di beberapa negara.

“Pastinya saya akan meraih banyak royalti kerana penjualan buku ini dibuat di beberapa negara, selain edisi (cetakan) pertama di London sudah pun habis terjual.

“Justeru, saya isytiharkan setiap sen daripada royalti penjualan buku ini akan dibelanjakan kepada pelajar daripada keluarga miskin di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan pelancaran buku berkenaan di Tsutaya Books, Pavilion Bukit Jalil, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pasukan pentadbirannya akan memastikan pelaksanaan sumbangan itu dibuat secara teratur dan sampai kepada pelajar yang benar-benar memerlukan.

“Kakitangan saya akan pastikan hasrat ini dapat direalisasikan bagi membantu golongan pelajar daripada keluarga miskin,” katanya.

Pelancaran buku berkenaan turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli; serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Dzulkifli Hasan.

Buku setebal 240 halaman itu diterbitkan oleh Hurst London untuk pasaran United Kingdom, Amerika Syarikat dan Eropah; Penguin untuk pasaran Asia; manakala Hong Kong University Press menerbitkannya untuk pasaran China dan Asia Timur.

Berkongsi pengalaman penulisan buku tersebut, Anwar berkata naskhah itu didedikasi kepada Dr Wan Azizah, selain menyatakan bahawa proses penghasilannya bermula dengan beberapa catatan ketika beliau menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

“Ketika itu (di Penjara Sungai Buloh) saya rileks, tenang dan ada masa untuk menulis… ingat Dr Wan Azizah sikit, banyak menulis. Buku ini bukannya mengenai diri saya sangat tetapi lebih kepada pengalaman saya.

“Saya berbicara secara terang mengenai undang-undang, idea, sastera, hubungan masyarakat majmuk serta masalah di Sabah dan Sarawak secara idea.

“Kali pertama dipenjarakan kerana membantu orang miskin di Baling, Kedah pada 1974, kemudian dilantik sebagai timbalan menteri dan menteri, diikuti ditahan dan masuk (penjara) lagi (tetapi) ini bukan autobiografi saya,” katanya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET