City terus cemerlang, atasi Sunderland 3-0

MANCHESTER City menggunakan sepenuhnya peluang terhidang apabila meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Sunderland di Stadium Etihad, malam tadi.

Ia sekali gus merapatkan jurang dengan Arsenal kepada hanya dua mata di persada Liga Perdana Inggeris.

Peluang itu terbuka luas selepas pendahulu liga, Arsenal, tumbang 1-2 kepada Aston Villa hasil jaringan minit ke-95 Emiliano Buendia dalam aksi awal.

Kekalahan The Gunners itu menjadi suntikan motivasi buat skuad Pep Guardiola untuk kembali menghangatkan perebutan kejuaraan.

City tampil cukup klinikal pada separuh masa pertama apabila menjaringkan dua gol daripada dua percubaan tepat bermula dengan rembatan jarak jauh Ruben Dias menerjah gawang sebelum rakan sepasukan, Josko Gvardiol, melonjak tinggi menanduk masuk hantaran sudut Phil Foden.

Guardiola sebelum ini menggesa pasukannya mengurangkan ‘kekacauan’ selepas bolos lapan kali dalam tiga perlawanan liga terakhir.

Namun, selepas separuh masa pertama yang kemas, City sekali lagi memperlihatkan kelonggaran di babak kedua.

Mereka terselamat apabila Gianluigi Donnarumma menafikan peluang satu lawan satu Wilson Isidor, sebelum Granit Xhaka hampir menghukum City apabila rembatannya terkena tiang.

Selepas sedikit tekanan, City kembali menguasai permainan dan memastikan kemenangan mutlak apabila Rayan Cherki mencipta gerakan cemerlang untuk mengumpan bola kepada Foden, yang menyempurnakan jaringan dengan sentuhan silang kaki yang cukup bergaya.

Sunderland terus dirundung malang apabila pemain gantian, Luke O’Nien, dibuang padang hanya tujuh minit selepas masuk kerana terjahan tinggi terhadap Matheus Nunes.

Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan keyakinan City, malah kembali memberi tekanan kepada Arsenal dalam perebutan gelaran liga.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman