Kenyataan Fadhli Shaari tidak berasas, tuduhan tersasar daripada fakta – Fahmi

JURUCAKAP Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil menolak dakwaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, berhubung keputusan Jemaah Menteri melibatkan usul terhadap Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dengan menyifatkannya sebagai tuduhan melulu yang tidak berasas dan bercanggah dengan fakta sebenar.

Fahmi berkata, Ahmad Fadhli seharusnya meneliti kenyataan rasmi kerajaan terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan yang boleh mengelirukan rakyat.

Katanya, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa usul yang sudah dibentangkan di Dewan Rakyat akan disesuaikan bagi membolehkan perkara tersebut dirujuk secara rasmi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengikut aturan yang ditetapkan.

“Ini menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri akan bertindak sepenuhnya berlandaskan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.

“Tuduhan yang dibuat oleh YB Fadhli Shaari adalah sangkaan jahat dan fitnah yang amat tersasar daripada fakta.

“Seeloknya, YB Fadhli membaca dan menghayati kenyataan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fadhli mendakwa kenyataan Azalina bahawa Jemaah Menteri sudah membuat keputusan supaya Takiyuddin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menimbulkan kegusaran mengenai kemungkinan berlaku campur tangan eksekutif dalam urusan legislatif.

Menurut pemimpin Pas itu, tatacara dan disiplin Ahli Dewan adalah bidang kuasa eksklusif Dewan Rakyat dan bukan urusan kabinet.

BH sebelum ini melaporkan bahawa Jemaah Menteri membuat keputusan supaya Takiyuddin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi tujuan penelitian selanjutnya, selaras Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Semalam, usul menggantung Takiyuddin daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, susulan kenyataannya yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Terengganu dengan peristiwa Memali, ditangguhkan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika sesi penggulungan usul berkenaan.

Sementara itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mempersoalkan pendirian Takiyuddin sendiri mengenai rujukan ke jawatankuasa terbabit.

“Tambahan pula, bukankah Takiyuddin sendiri menyatakan kesediaan untuk perkara ini dirujuk ke jawatankuasa berkenaan?” soalnya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan penyelewengan atau pecah amanah berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ucap selamat ulang tahun ke-55 ABIM, kenang perjuangan dakwah dan pembangunan ummah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat ulang tahun ke-55 kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sambil menyifatkan pertubuhan itu sebagai kesinambungan perjuangan mahasiswa dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Maritim Malaysia Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan

Maritim Malaysia Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan

Akmal pertahankan tegur kelemahan projek LRA Kedah, tolak budaya ‘business as usual’

Akmal pertahankan tegur kelemahan projek LRA Kedah, tolak budaya ‘business as usual’

Maritim Malaysia gesa nelayan utamakan penggunaan peranti suar pencari peribadi

Maritim Malaysia gesa nelayan utamakan penggunaan peranti suar pencari peribadi