Warga emas maut dipercayai dibunuh dengan cangkul

MANJUNG – Seorang lelaki warga emas ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya di Kampung Koh, dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 78 tahun ditemui ahli keluarga sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Kampung Koh.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan jam 1.30 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang dengan kecederaan parah pada bahagian kepala dan muka.

“Pemeriksaan di lokasi menemui sebatang cangkul yang mempunyai kesan darah dan dipercayai digunakan suspek yang menyerang mangsa.

“Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil laporan forensik mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan tumpul dan tajam yang serius pada bahagian kepala.

Menurut Hasbullah, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat