Doktor, timbalan pendakwa raya, pegawai kerajaan antara ditahan di pusat spa gay

SERAMAI 17 penjawat awam ditahan di sebuah pusat spa kesihatan yang disyaki melakukan aktiviti tidak bermoral untuk melempiaskan nafsu songsang.

Kegiatan pusat spa dan kesihatan gay itu terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit, di ibu negara semalam.

Operasi bermula pukul 8 malam itu dijalankan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) susulan risikan selama dua minggu.

Serbuan telah dilakukan di premis yang beroperasi di tingkat dua dan tiga sebuah bangunan rumah kedai. Tingkat bawah premis itu telah diubah suai sebagai gimnasium manakala tingkat atas dijadikan sauna dan jakuzi.

Lebih mengejutkan, premis itu turut menyediakan bilik khas yang digelar ‘dark room’ bersama lapisan tilam nipis bewarna hitam untuk pengunjung melampiaskan nafsu, lapor Kosmo Online.

Difahamkan, ahli pusat itu diminta untuk menanggalkan pakaian dan diberikan tuala berwarna putih sebelum dibenarkan naik ke tingkat atas.

Malah, ketika serbuan, beberapa pengunjung didapati sedang menikmati jakuzi dan sauna tanpa seurat benang sebelum menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar berkata, hasil serbuan, seramai 201 individu telah ditahan termasuk tujuh pekerja premis.

“Tangkapan membabitkan 24 warga asing manakala selebihnya warga tempatan termasuk 17 penjawat awam berusia antara 19 hingga 60 tahun.

“Pihak polis turut merampas kondom dan beberapa barangan berkaitan aktiviti tidak bermoral,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi tersebut, semalam.

Difahamkan, antara penjawat awam yang ditahan melibatkan doktor pakar, guru, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik serta pegawai agensi penguatkuasaan.

Mohd. Azani berkata, premis itu dipercayai beroperasi setiap hari sejak lapan hingga 10 bulan lalu dan disyaki mempromosikan aktivitinya melalui media sosial.

“Pusat itu mengenakan caj RM35 bagi setiap kemasukan, dengan tambahan RM10 sebagai yuran pendaftaran untuk ahli baharu,” katanya.

Mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang