Kerajaan ucap terima kasih kepada Thailand atas bantuan rakyat Malaysia terkandas banjir

KERAJAAN mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Thailand atas tindakan pantas membantu menyelamatkan rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di Hatyai.

Jurucakap Kementerian Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penghargaan itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul kerana turut mengutamakan rakyat Malaysia dalam operasi menyelamat di Hatyai,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Wisma Putra memaklumkan bahawa operasi menyelamat berskala besar yang dilancarkan dengan bantuan Tentera Darat Diraja Thailand berjaya memindahkan 1,459 rakyat Malaysia.

Wisma Putra turut memaklumkan bahawa kurang 300 lagi masih terkandas, manakala dua hotel yang menempatkan rakyat Malaysia belum dapat diakses akibat paras air yang tinggi.

Operasi akan diteruskan sehingga semua individu yang dikenal pasti berjaya dikeluarkan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kerajaan menghargai kerjasama erat polis Thailand yang membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memindahkan rakyat Malaysia yang terkesan.

“Terdapat hubungan baik antara polis kedua-dua negara dan beberapa usaha sedang berjalan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, Perdana Menteri menyampaikan ucapan takziah kepada Hong Kong susulan kebakaran di sebuah kompleks kediaman bertingkat yang meragut sekurang-kurangnya 75 nyawa, dengan puluhan lagi cedera dan kira-kira 200 masih hilang.

Dalam kejadian itu, tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan tragedi yang memusnahkan tujuh daripada lapan menara di Wang Fuk Court, daerah Tai Po.

Related Posts

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

PETALING JAYA – Pendirian DAP berhubung keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI