Sarawak mahu teruskan perancangan tubuh sekolah perubatan negeri

KUCHING – Sarawak kekal beriltizam menubuhkan sebuah sekolah perubatan milik negeri sebagai langkah strategik untuk memastikan keperluan tenaga pakar kesihatan tempatan dapat dipenuhi secara lebih terancang dan mampan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak I (Pendidikan dan Inovasi), Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah diamanahkan menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai syarat utama sebelum permohonan lesen dikemukakan. 

“Kajian berkenaan, yang diluluskan oleh Senat UTS, merangkumi analisis terperinci terhadap piawaian serta keperluan penubuhan sebuah fakulti perubatan baharu,” ujarnya.

Tambah beliau, kerja penyelidikan dijangka bermula pada Januari, manakala laporan interim dan laporan penuh dijangka siap menjelang Jun 2026. 

“Keputusan dasar seterusnya akan ditentukan setelah kerajaan negeri meneliti dapatan kajian tersebut,” ujarnya.

Menurut Dr Annuar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, pergantungan kepada sistem pengambilan persekutuan semakin tidak relevan berikutan persaingan sengit untuk memasuki program perubatan di universiti awam yang membatasi peluang pelajar Sarawak. 

“Penubuhan sekolah perubatan negeri kini merupakan keperluan mendesak bagi memastikan akses lebih luas dan terjamin kepada pendidikan serta latihan perubatan untuk anak tempatan,” katanya.

Tambah beliau, Sarawak juga berdepan kekurangan doktor apabila 54 peratus pegawai perubatan yang ditempatkan ke negeri ini tahun ini gagal melapor diri. 

“Penubuhan sekolah perubatan negeri dijangka melahirkan lebih ramai graduan tempatan yang berpotensi kekal berkhidmat di Sarawak, sekali gus memastikan kesinambungan tenaga perubatan untuk rakyat,” katanya lagi.

Walaupun digerakkan kerajaan negeri, jelas beliau, projek ini tetap memerlukan kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

“Kerajaan negeri turut menegaskan bahawa setiap syor dan dapatan daripada kajian tersebut akan diteliti secara rapi sebelum fasa pelaksanaan dimulakan.

“Penubuhan sekolah perubatan Sarawak dilihat sebagai pelaburan jangka panjang yang penting untuk mengukuhkan ekosistem kesihatan negeri serta menyokong agenda pembangunan modal insan dalam usaha transformasi Sarawak yang lebih maju dan berdaya saing,” jelas beliau. 

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar