UnIPSAS jadi universiti pertama sedia tempat untuk peperiksaan SPM

KUANTAN – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) muncul universiti pertama di negara ini menyediakan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon persendirian.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Ahmad Zamri Md Isa berkata, buat kali pertama pusat itu dikendalikan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan kemudahan kepada calon persendirian di Pahang, khususnya daerah ini.

Katanya, kemudahan pusat peperiksaan itu mendapat kelulusan daripada Lembaga Peperiksaan untuk mengendalikan pusat berkenaan bagi calon persendirian.

“Di UnIPSAS ini, kapasiti calon persendirian yang diluluskan ialah 200 orang tetapi untuk pendaftaran bagi SPM tahun ini seramai 118 orang.

“Dari segi penyediaan, kita berbesar hati kerana UnIPSAS menawarkan pusat ini kerana sukar untuk mendapatkan dewan yang berhawa dingin, tenteram dan aman serta persekitaran pendidikan yang sesuai dengan pembelajaran dan peperiksaan,” katanya.

Ahmad Zamri berkata demikian pada sidang media di Dewan Sultan Ahmad Shah UnIPSAS, di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UnIPSAS, Prof Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal.

Sementara itu, Mohd Zawavi berkata, kemudahan disediakan universiti itu adalah sebagai sumbangan kepada masyarakat bagi memudahkan calon menduduki peperiksaan SPM dalam keadaan selesa.

“Alhamdulillah, UnIPSAS mulai tahun ini dan akan datang menyediakan pusat peperiksaan bagi calon persendirian bukan sahaja yang menduduki SPM, malah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Tahun ini kemudahan yang disediakan di pusat ini seramai 200 orang dan tahun depan jumlah itu akan bertambah kepada 250 orang jika diluluskan,” katanya.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi