Tuduhan Shamsul Iskandar rasuah: Pengundi jangan mudah terpengaruh, selidik dahulu motif politik

KOTA KINABALU – Pengundi diseru untuk tidak terpengaruh dengan sebarang skandal atau dakwaan tanpa bukti, termasuk tuduhan rasuah lebih RM600,000 yang mengaitkan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Calon Pakatan Harapan (PH) Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin berkata, tuduhan itu seharusnya dinilai secara berhati-hati selepas muncul hanya dua hari sebelum hari pengundian, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai motif politik di sebaliknya.

Beliau memaklumkan, dakwaan tersebut disifatkan meragukan kerana pihak yang membuat pertuduhan itu telah memilih bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai individu untuk mengangkat dakwaan tersebut, sekaligus menunjukkan kemungkinan ia sengaja dimainkan untuk mempengaruhi sentimen politik saat akhir.

“Dia pilih Tun Mahathir untuk bawa isu ini dan video juga dimuat naik oleh page (laman) yang menyokong Tun M. Dan semua orang tahu Tun M bermusuh lama dengan PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Apa-apa perkembangan saat akhir, dakwaan atau skandal yang belum dibuktikan benar atau tidak.

“Dengan hanya dua hari lagi sebelum hari mengundi, marilah kita fokus kepada kempen. Jangan terpesong dengan semua dakwaan ini kerana pada saya secara peribadi, ia sangat berkemungkinan bermotifkan politik.” katanya selepas mengadakan lawatan ke Kampung Torong Logong, Pulau Gaya, pada Rabu.

Dalam pada itu, Foong Hin berkata, fokus pengundi seharusnya kembali kepada mesej dan tawaran calon di setiap kawasan, bukan terikut-ikut dengan dakwaan yang belum dipastikan kesahihannya.

Menurut beliau, pengundi perlu menyalurkan perhatian semula kepada mesej, perancangan dan komitmen calon-calon yang bertanding di kawasan masing-masing tanpa membiarkan isu tidak sahih mengganggu penilaian rasional mereka.

“Jadi dalam konteks politik ini dan pada saat-saat akhir sebegini, saya menyeru penyokong GRS dan PH jangan terperdaya dengan ‘development’ ini kerana ia mungkin mempunyai motif mendorong kecenderungan untuk mengundi.

“Fokus balik kepada mesej yang dibawa oleh calon di setiap kawasan masing-masing. Itulah sikap yang saya ambil dalam melihat isu ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, beliau menerima peletakan jawatan Shamsul Iskandar dan mengucapkan terima kasih atas khidmat Setiausaha Politiknya itu.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar yang dikaitkan dengan mengeluarkan surat sokongan untuk projek pembinaan hospital dan  menerima  lebih RM600,000 daripada ahli perniagaan, Albert Tei mengumumkan peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

Beliau yang menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar Ibrahim pada pagi semalam berkata, keputusan tersebut diambil adalah untuk mempertahankan dirinya daripada serangan yang dilakukan yang boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI.

Related Posts

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

PEMUDA DAP (DAPSY) mempersoal kegagalan Pas menoktahkan isu perjudian ketika ia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun perkara berkenaan sekian lama menjadi antara perjuangan parti itu. Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat