44 kes buli direkod sejak Januari, Sarawak perkukuh pencegahan melalui program komuniti

KUCHING – Sebanyak 44 kes buli direkodkan di Sarawak dari Januari hingga Oktober tahun ini, menurut data Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didedahkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk  Rosey Yunus berkata, kementerian kini memperkukuh usaha pencegahan melalui program komuniti berasaskan penyelidikan yang memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran dan pengenalpastian awal tingkah laku berisiko.

Beliau berkata, usaha itu turut disokong menerusi Wacana Minda Isu Buli, platform libat urus yang menghimpunkan ibu bapa dan pendidik untuk membincangkan tingkah laku kanak-kanak serta cabaran digital, selain program Randau Pembangunan Sosial yang dijalankan bersama agensi berkaitan bagi mendidik masyarakat mengenai isu sosial dan saluran pelaporan.

Di samping itu, pelbagai intervensi berterusan turut dilaksana, termasuk Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) yang mencatat 78 siri sejak 2016, Randau Pembangunan Sosial dengan 29 siri sejak 2019, serta Operasi Bersepadu Isu Dadah (OBID) dengan 1,877 siri sejak 2018.

Dalam konteks sekolah, Jabatan Pendidikan Sarawak menjalankan pendekatan berstruktur melalui bengkel pengurusan disiplin, bengkel literasi undang-undang, kempen “No Bully”, ceramah kesedaran disiplin serta mesyuarat berkala dua kali setahun bersama PDRM. 

Dialog pencapaian disiplin bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan sesi townhall bersama PIBG turut dianjurkan bagi memastikan intervensi sampai kepada kumpulan sasar.

Gabungan usaha di peringkat komuniti dan sekolah ini dianggap penting untuk memperkukuh advokasi sosial secara menyeluruh dan holistik, selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Strategi Pembangunan Pasca-Covid (PCDS) 2030 dalam membina masyarakat yang lebih selamat, inklusif dan berdaya sosial.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan