Banjir: 332 mangsa dipindahkan ke empat PPS di Padang Besar

PADANG BESAR – Seramai 332 mangsa daripada 98 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Perlis hari ini susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa berkata, PPS SK Lubuk Sireh merupakan lokasi terawal dibuka pada pukul 11.45 pagi dan menempatkan 79 mangsa daripada 21 keluarga melibatkan Kampung Baru Batu 17 dan Kampung Batu 15.

Beliau berkata, PPS SK Titi Tinggi yang dibuka pada pukul 12 tengah hari ditutup semula pada pukul 7 petang selepas semua mangsa dipindahkan ke PPS SK Felda Mata Ayer.

“PPS SK Felda Mata Ayer yang mula beroperasi pada pukul 2.30 petang kini menempatkan 186 mangsa daripada 56 keluarga,” katanya.

Sementara itu, PPS Dewan Semai Bakti Felda Mata Ayer dibuka pada pukul 5 petang dengan 67 mangsa daripada 21 keluarga melibatkan penduduk Felda Mata Ayer.

Menurutnya, JKM Perlis bersama agensi berkaitan terus memantau keadaan dan memastikan keperluan asas mangsa disalurkan tanpa gangguan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan