Peruntukan baharu akan percepat projek tebatan banjir di Sabah – Remysta

PENAMPANG – Calon PH DUN Moyog, Remysta Taylor memberi jaminan bahawa projek tebatan banjir di Sabah akan dipercepatkan melalui penyelarasan menyeluruh susulan penambahan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, pengumuman Kerajaan Persekutuan itu membuktikan komitmen untuk memastikan projek tebatan banjir di seluruh negara termasuk Sabah sebagai fokus utama dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan tidak lagi bergantung kepada jadual perlahan seperti pendekatan ‘satu penggal satu fasa’ yang pernah diamalkan.

“Penyelarasan baharu diperlukan agar setiap projek berada dalam aliran kerja yang lebih sistematik, teratur dan pantas, terutama ketika Sabah kini sedang berdepan musim hujan yang menuntut tindakan segera di lapangan.

“Tebatan banjir bukan kerja yang boleh ditunggu sampai hujung bulan. Tidak logik untuk fikir ia boleh disiapkan sehari sebelum 29 November ini.

“Sebab itu kita perlu pantau, kita follow up, dan kita pastikan progress bergerak cepat,” katanya ketika ditemui pada sesi Walkabout @Tamu Babagon, di sini pada Jumaat.

Remysta menegaskan bahawa keutamaan kini ialah memastikan setiap agensi pelaksana berada pada penyelarasan yang sama, selain memantau rapat kemajuan projek yang telah pun dimulakan.

“Perdana Menteri sudah tambah peruntukan. Jadi kita mahu pastikan ia disusun dan dilaksanakan dengan betul, bukan lambat seperti sebelum ini,” ujarnya.

Tambahnya, perkara tersebut turut menjadi sebahagian daripada manifesto dan resolusinya sebagai calon Moyog yang menekankan aspek pemantauan, kepantasan pelaksanaan serta keberkesanan projek tebatan banjir di kawasan berisiko.

Related Posts

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR