46 suspek ditahan dalam Op Tapis Khas Narkotik di Kuching

KUCHING – Polis menahan 46 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas Narkotik yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sepanjang empat hari bermula 17 hingga 20 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi itu dilaksanakan sebagai tindakan agresif membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Kesemua 46 suspek ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 hasil risikan berterusan dan operasi yang disasarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada keseluruhan tangkapan, dua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah, manakala dua lagi disiasat mengikut Seksyen 39A(1).

Selain itu, lima suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2), manakala 37 individu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) kerana disyaki positif dadah. Polis turut mendapati lima daripada mereka merupakan penagih berulang dan kini dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 39C.

Dalam operasi sama, polis merampas 1,067.25 gram methamphetamine serta 12 gram pil psikotropik dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM41,145.70.

“Semua suspek telah dibawa ke Mahkamah Kuching untuk tindakan lanjut,” katanya.

Alexson turut menegaskan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi penyalahgunaan dadah.

“Dadah adalah musuh nombor satu negara. JSJN komited melindungi generasi kini dan akan datang daripada ancaman ini,” tegasnya.

Beliau menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan dadah melalui Hotline JSJN 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak 017-592 9211.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff