Barron peminat fanatik Ronaldo, kata Trump

RAKAMAN terbaharu Rumah Putih menunjukkan Cristiano Ronaldo dan tunangnya Georgina Rodriguez tidak dapat menahan gelak ketika berjalan bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada satu majlis rasmi.

Ronaldo hadir ke Washington bagi menghadiri jamuan presiden, susulan pertemuan diplomatik bersejarah antara AS dan Arab Saudi.

Bintang Portugal berusia 40 tahun itu tampil segak dengan tuxedo hitam dan duduk sebaris bersama tokoh global termasuk Elon Musk serta Naib Presiden AS, JD Vance.

Satu swafoto tular turut menunjukkan Ronaldo bergambar bersama Musk dan Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika di Rumah Putih.

Trump turut mengusik suasana majlis apabila memuji Ronaldo di hadapan tetamu, sambil mendedahkan anaknya, Barron adalah peminat tegar bintang Portugal itu.

“Anak saya peminat tegar Ronaldo… Barron akhirnya dapat bertemu dengannya dan saya rasa dia kini lebih menghormati ayahnya hanya kerana saya memperkenalkan anda berdua,” kata Trump sambil disambut gelak tetamu.

Ronaldo sebelum ini dilaporkan hadir sebagai sebahagian delegasi rasmi Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammed bin Salman.

Namun, dia sebenarnya tiba di Washington secara berasingan daripada rombongan Arab Saudi.

Sejak berpindah ke Al-Nassr pada 2023, Ronaldo sering memuji Muhammed bin Salman, bahkan menggelarnya sebagai ‘bos’ kerana usaha Putera Mahkota itu melonjakkan status bola sepak Saudi.

Related Posts

Sepanyol buntu, seri 0-0 dengan Cape Verde

STATUS pasukan pilihan Piala Dunia 2026 tidak memberi kelebihan kepada Sepanyol apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dengan pendatang baharu, Cape Verde dalam aksi pembukaan Kumpulan H, awal pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belgium-Mesir sekadar seri

BELGIUM bangkit daripada ketinggalan untuk meraih keputusan seri 1-1 menentang Mesir dalam aksi pembukaan Kumpulan G Piala Dunia, awal pagi tadi. Emam Ashour meletakkan Mesir di hadapan pada awal babak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima