Perkasa keusahawanan wanita, kemahiran belia antara tawaran BN Tanjung Batu

TAWAU – Barisan Nasional (BN) Tanjung Batu menampilkan tawaran yang menekankan pemerkasaan ekonomi rakyat setempat dengan fokus khas kepada keusahawanan wanita serta latihan kemahiran untuk golongan belia.

Calon BN Tanjung Batu, Samasuddin Yusop berkata, BN kekal komited memastikan wanita dapat memasarkan produk keusahawanan dengan lebih berkesan manakala anak muda pula diberikan akses kepada peluang latihan dan sijil kompeten bagi memenuhi keperluan industri di Tawau.

“Kita tahu wanita ini banyak terlibat dengan menjana pendapatan dan penyediaan produk berasaskan perusahaan kecil sederhana di rumah jadi wanita mohon membantu mereka memasarkan produk mereka secara lebih baik.

“Jadi antara perkara-perkara yang perlu kita bantu pihak wanita ini adalah dengan membawa agensi ataupun pihak-pihak tertentu untuk mengajar mereka bagaimana bermula dengan produksi, pembungkusan sehingga ke pemasaran digital nanti,” katanya kepada media pada Titik Temu Rakyat di Kampung (Kg) Pasir Putih, pada Selasa.

Menurutnya, sekiranya diberi mandat, BN terus menyedia dua solusi kepada belia iaitu penyelesaian jangka pendek dengan mendidik anak muda agar memiliki kemahiran-kemahiran sekali gus membantu mereka mendapatkan pekerjaan di kawasan perkampungan.

“Untuk jangka masa panjang, kita memggalakkan anak-anak muda di sini melanjutkan pengajian mereka menerusi latihan dan kemahiran supaya mereka mendapat sijil-sijil untuk memenuhi peluang-peluang pekerjaan yang ada di sekitar Tawau,” katanya.

Jelasnya, beliau turut memberi perhatian terhadap kemudahan insfrastruktur asas selain isu perparitan sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan Tanjung Batu.

“Perkara-perkara ini selepas kita diberi mandat, kita akan berbincang dengan pihak Jabatan Pengairan Saliran agar sistem perparitan dapat diselaraskan kerana Tanjung Batu antara DUN yang sering berlaku banjir khususnya di Tanjung Batu Tengah, Tanjung Batu Darat dan di kawasan Pasir Putih,” ujarnya.

Related Posts

‘Task force kesihatan’ di Tanjung Batu akan disegerakan – Dr Andi

TAWAU – Hasrat menggerakkan pasukan bergerak perubatan khusus untuk rakyat DUN Tanjung Batu akan dicapai dan disegerakan, kata penyandang muka baharu kerusi itu dari GRS, Dr Andi Md Shamsureezal. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ADUN bebas beri sokongan kepada GRS bentuk kerajaan Sabah

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas dipercayai memberi sokongan dalam membentuk kerajaan Sabah. Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

Operasi JTF banteras penyeludupan barang subsidi, rokok bernilai lebih RM660, 000

Operasi JTF banteras penyeludupan barang subsidi, rokok bernilai lebih RM660, 000

Tiga individu ditahan ceroboh kawasan larangan Jambatan Pulau Pinang

Tiga individu ditahan ceroboh kawasan larangan Jambatan Pulau Pinang

Kerajaan Persekutuan lulus RM70 juta naik taraf Bulatan Pujut 3 di Miri

Kerajaan Persekutuan lulus RM70 juta naik taraf Bulatan Pujut 3 di Miri

Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor

Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor