Cadang wujud tabung khas pemulangan 40 peratus hasil Sabah – Mustapha

LAHAD DATU – Sebuah tabung khas dicadang untuk diwujudkan sebagai mekanisme telus bagi menyalurkan pemulangan 40 peratus hasil cukai daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, penubuhan tabung itu agar setiap perancangan, pelaksanaan dan penggunaan dana secara transparan dan diketahui rakyat serta wajib dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Yang penting dana itu digunakan untuk menyelesaikan infrastruktur asas dan pendidikan generasi muda anak-anak kita di Sabah ini.

“Ini untuk memberi peluang kepada mereka yang memasuki univeriti dan TVET mendapatkan kemudahan yang meringankan beban mereka terutamanya golongan B40,” katanya dalam sidang media di Lahad Datu, pada Isnin.

Menurut Mustapha, pihaknya tidak mahu apabila dana disalurkan tidak dibelanjakan mengikut jangka masa ditetapkan dan tiada ketelusan mengenai hala tuju perbelanjaan tersebut.

“Sebab kita hadapi gap antara rakyat di Sabah semasa pilihan raya ini ada yang menjadi penyokong dan memperjuang Perjanjian Malaysia (MA63) mengundi disebabkan itu tapi akhirnya apabila selepas pilihan raya mereka dilupakan.

“Mereka tidak dapat merasai peruntukan-peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri.

“Itu yang kami tegaskan di sini bahawa penubuhan tabuh khas ini penting dan ini akan menjadi ‘highlight’ kepada manifesto Pakatan Harapan,” ujarnya.

Difahamkan, rundingan teknikal rasmi mengenai pemberian khas 40 peratus hasil Sabah itu dibuat di Kota Kinabalu, pada Isnin.

Mesyuarat itu dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican berdama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik