Lebih 10 maut, 12 hilang tanah runtuh di Cilacap

JAKARTA – Pasukan penyelamat di Jawa Tengah menemukan tujuh lagi mayat mangsa tanah runtuh di daerah Cilacap pada hari ketiga operasi pencarian.

Ia menjadikan angka kematian yang disahkan kepada 11, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB).

Dua lagi bahagian mayat dikenal pasti milik seorang mangsa, susulan penemuan tiga mayat sebelum ini sejak dua hari lalu.

“Sekurang-kurangnya 12 orang masih hilang ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi di kawasan rumah yang musnah dan jalan yang terhalang,” kata Timbalan Ketua Pengurusan Kecemasan BNPB, Budi Irawan dalam kenyataan.

Operasi dijalankan di kampung Cibeunying, daerah Majenang, semalam, melibatkan 520 anggota SAR gabungan, disokong oleh 19 ekor anjing pengesan dan 12 jengkaut.

“Ketinggian timbunan runtuhan berbeza antara dua hingga lapan meter, menjadikan pencarian secara cepat mustahil menggunakan peralatan asas,” tambah Budi.

Cuaca kekal sebagai faktor utama, dengan hujan sederhana hingga lebat diramalkan di daerah Majenang hingga lewat hari ini, yang boleh menjejaskan operasi pencarian.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh

Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh