596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan persaingan luar biasa apabila seramai 596 calon daripada 23 parti politik tampil membidik 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mendapatkan mandat rakyat.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kesemua borang pencalonan diterima tanpa sebarang penolakan di 25 Pusat Penamaan Calon (PPC).

Beliau berkata, daripada jumlah itu, calon Bebas adalah paling ramai iaitu 74 orang diikuti Parti Warisan (73), Parti Impian Sabah (PIS) (72), Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (55), Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) (46), Barisan Nasional (45), Perikatan Nasional (PN) (42), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (40), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (25) dan Pakatan Harapan (PH) 22 orang.

Seterusnya Parti Kebangsaan Sabah (PKS) (20), Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) (17), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) (16), Parti Bumi Kenyalang (14), Parti Rumpun Sabah (RUMPUN) (7) dan Parti Maju Sabah (SAPP) (6).

Turut bertanding masing-masing lima dari Parti Damai Sabah (SPP) dan Perjuangan Rakyat (PR), masing-masing tiga dari Pertubuhan Gemilang Anak Sabah (GAS), Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) selain masing-masing, Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan).

“Daripada jumlah calon bertanding, 525 adalah lelaki manakala 71 wanita sementara calon tertua ialah 86 tahun mewakili PKS di DUN Bingkor manakala calon termuda berumur 24 tahun daripada PKS di DUN Silam.

“Satu DUN iaitu Tulid menyaksikan pertembungan ramai dengan 14 calon,” katanya.

SPR turut menubuhkan 86 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) bagi memastikan semua aktiviti kempen mematuhi undang-undang sehingga pukul 11.59 malam, 28 November.

PRN17 Sabah menyaksikan 1,784,843 pengundi layak mengundi termasuk anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing.

Terdahulu, SPR menetapkan hari pengundian pada 29 November manakala undi awal pada 25 November.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX