Tuduhan salah laku: Pegawai kanan kementerian direhatkan serta-merta

PEGAWAI kanan kerajaan daripada sebuah kementerian direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkenaan dimulakan segera.

Jelasnya, sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai kanan di sebuah kementerian.

“Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tersebar klip video berdurasi 11 saat di media sosial, mendakwa seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian ditahan pihak berkuasa agama kerana disyaki terbabit dengan perbuatan khalwat ketika berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Shamsul Azri menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku membabitkan pegawai awam.

Pada masa sama, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, isu berkenaan perlu diberikan ruang untuk siasatan dijalankan sewajarnya.

“Saya difahamkan perkara ini dalam siasatan KSN dan KPPA.

“Oleh itu, kita wajar memberi ruang untuk siasatan dijalankan mengikut peraturan perkhidmatan awam yang ditetapkan,” katanya.

Related Posts

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

PORT DICKSON – Keputusan Kerajaan MADANI tidak mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) lebih awal atau tiga tahun lalu bagi mengelakkan krisis keyakinan yang boleh menyebabkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan menyiasat dakwaan membabitkan sebuah akaun media sosial palsu yang dipercayai memuat naik kandungan menghina Nabi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura