Komitmen Kerajaan MADANI perkukuh sektor kesihatan Sarawak

MIRI – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh sektor kesihatan Sarawak semakin terserlah menerusi pelbagai inisiatif dan peruntukan baharu yang diumumkan bagi menambah baik kemudahan perubatan di negeri ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, baru-baru ini bagi membincangkan isu-isu utama berkaitan sistem kesihatan di Sarawak.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kekurangan bekalan cecair Peritoneal Dialysis (PD) bagi pesakit buah pinggang, yang sebelum ini tular di media sosial.

Choon Man turut mengemukakan pandangan berhubung keperluan memperkukuh perkhidmatan perubatan agar lebih berdaya saing serta mampu memenuhi keperluan rakyat di seluruh negeri.

“Kerajaan Persekutuan perlu menyalurkan lebih banyak sumber dan peruntukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan MADANI telah menunjukkan komitmen tinggi dengan memperuntukkan dana besar bagi membangunkan infrastruktur dan kemudahan kesihatan awam di negeri ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan atas kelulusan peruntukan sebanyak RM14.5 juta bagi pembangunan Makmal Invasif Kardiologi (ICL) di Hospital Miri.

Projek itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (Rolling Plan 5) dan Belanjawan 2025, dijadualkan untuk ditender pada November 2025 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2027.

Apabila siap kelak, makmal tersebut dijangka meningkatkan keupayaan rawatan jantung di wilayah utara Sarawak, sekali gus memberi manfaat besar kepada pesakit yang sebelum ini terpaksa ke Pusat Jantung di Kota Samarahan untuk mendapatkan rawatan.

“Melihat kepada keluasan geografi Sarawak, agihan sumber perubatan daripada kerajaan Persekutuan perlu dilakukan secara menyeluruh dan seimbang di semua bahagian, bukan hanya tertumpu di Kuching semata-mata,” ujarnya.

Beliau menegaskan pendekatan inklusif amat penting agar rakyat di bahagian utara dan luar bandar turut menikmati kemudahan kesihatan yang setara dan berkualiti.

Selain itu, Choon Man turut memperjuangkan penyediaan perkhidmatan radioterapi di Hospital Miri bagi memenuhi keperluan pesakit kanser di kawasan utara negeri.

“Dengan adanya kemudahan ini kelak, pesakit tidak perlu lagi menempuh perjalanan jauh ke Kuching untuk mendapatkan rawatan. Ini dapat mengurangkan beban kos dan tekanan keluarga pesakit,” jelasnya.

Beliau yakin dengan komitmen berterusan kerajaan Persekutuan serta sokongan semua pihak, sistem kesihatan di Sarawak akan terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Lukanisman atas keprihatinan dan usaha berterusan membangunkan sektor kesihatan awam di negeri ini.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan