Penyelidik Unimap buktikan keupayaan universiti teknikal di pentas dunia

ARAU – Kejayaan dua penyelidik Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di pentas antarabangsa membuktikan institusi teknikal negara mampu berdiri setanding universiti penyelidikan apabila dua produk inovasinya meraih dua pingat emas di Pameran Inovasi iENA 2025, Nuremberg, Jerman, baru-baru ini.

Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, pencapaian tersebut menunjukkan keupayaan penyelidik universiti teknikal untuk bersaing di peringkat global, seiring matlamat menjadikan Unimap sebagai pusat rujukan TVET bertaraf dunia.

“Penyertaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Unimap, malah mengangkat martabat penyelidikan negara di mata dunia.

“Kedua-dua produk yang dipertandingkan berjaya mencuri perhatian juri antarabangsa dengan keunikan inovasi yang dihasilkan.

“Produk pertama bertajuk A Dual-Purpose GeoPlaster Surface System for Integrated Structural Finishing and Fire Protection dihasilkan oleh Prof. Dr. Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah bersama Prof. Madya Dr. Rafiza Abd. Razak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Menurut Zaliman, inovasi itu merupakan plaster pelbagai fungsi yang berperanan sebagai salutan kalis api, anti karat serta pelindung substrat daripada kerosakan akibat ancaman persekitaran luar.

“Menariknya, penyelidikan ini turut dijalankan di Rutherford Appleton Laboratory of the Science and Technology Facilities Council, di Harwell Science and Innovation Campus, Oxfordshire, United Kingdom.

“Inovasi ini bukan sahaja memenangi pingat emas, malah turut menerima Anugerah Khas National Research Council of Thailand (NRCT),” ujarnya.

Tambah beliau, produk kedua bertajuk NS-UR Flux Cored Lead-free Solder Wire: A High Strength Solution for Reliable Electric/Electronic Interconnects yang diketuai Prof. Madya Dr. Mohd. Arif Anuar Mohd. Salleh turut meraih pingat emas hasil kerjasama strategik dengan syarikat Jepun, Nihon Superior.

Zaliman menegaskan, pencapaian tersebut memperlihatkan kemampuan penyelidik Unimap menjalin kolaborasi antarabangsa dan membuktikan hasil penyelidikan universiti teknikal mampu menembusi pasaran global.

Beliau berkata, kejayaan itu juga selari dengan hala tuju universiti dalam memperkukuh penyelidikan berimpak tinggi serta mempromosikan inovasi yang mampu dimanfaatkan oleh industri tempatan dan antarabangsa.

“Unimap akan terus memperkasa ekosistem TVET berasaskan penyelidikan supaya graduan dan penyelidik kita kekal relevan dengan keperluan industri masa kini,” jelasnya.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel