Kilang daging burger haram ditutup

SEBUAH kilang pemprosesan daging burger di Kampung Jawa, Klang diarah tutup serta-merta selepas didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Norfiza Mahfiz berkata, hasil pemeriksaan mendapati pemilik kilang berkenaan menggaji beberapa warga Indonesia dan Bangladesh yang tidak dibenarkan bekerja dalam sektor makanan.

“Premis itu diarahkan menghentikan operasi serta-merta di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBDK 2007 serta dikenakan kompaun RM1,000,” katanya seperti dilaporkan The Star.

Menurutnya, operasi bersepadu itu melibatkan pegawai daripada Jabatan Pelesenan, Kesihatan dan Penguatkuasaan MBDK selepas pihak berkuasa menerima aduan bunyi bising daripada penduduk sekitar.

“Pasukan kami turut menasihatkan pemilik supaya memohon lesen perniagaan dan berpindah ke kawasan perindustrian sekiranya mahu meneruskan operasi,” katanya.

Dalam operasi berasingan, MBDK turut menutup sebuah bengkel baik pulih forklift haram yang beroperasi di kawasan perumahan Jalan Belimbing, Pandamaran.

Bengkel berkenaan turut dikenakan kompaun RM1,000 selepas dikesan menjalankan kerja pembaikan dan penyimpanan forklift tanpa lesen perniagaan yang sah.

Related Posts

Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

KUCHING – Indonesia terus memperhebat operasi pemadaman darat dan udara serta memperketat penguatkuasaan undang-undang bagi menangani krisis kebakaran hutan dan lahan (Karhutla) yang sedang melanda negara tersebut.   Konsulat Jenderal Republik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO