Kongsi rakaman G-Dragon, PMX sporting!

TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), berkongsi rakaman persembahan penyanyi terkenal Korea Selatan, G-Dragon, semasa majlis makan malam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Gyeongju, Korea Selatan, mencuri perhatian warga maya di laman Threads.

Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa teruja dan kagum terhadap keprihatinan serta sifat ‘sporting’ Perdana Menteri yang menunaikan permintaan peminat K-pop tanah air untuk merakam persembahan artis berkenaan.

Pengguna @kuyahshah berkata, dia tumpang gembira bagi pihak peminat-peminat genre berkenaan.

“PMX memang ‘sporting’! Siapa sangka, permintaan nak tengok G-Dragon benar-benar ditunaikan. Saya bukan peminat K-pop, tapi tetap gembira untuk mereka yang memintanya,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @marianiyoon, turut meluahkan rasa terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap peminat.

“Terima kasih PMX dan pasukan! Semalam kami minta di Instagram supaya rakam sedikit persembahan G-Dragon di pembukaan APEC, dan PMX betul-betul tunaikan. ‘Sporting’ betul!,”

Dalam pada itu, pengguna @lucita_ayut menyifatkan tindakan PMX itu seperti seorang bapa yang memenuhi permintaan anaknya.

“Beliau macam seorang ayah yang menunaikan pesanan anak. Anak kata, ‘Pak, nanti rakam G-Dragon tengah nyanyi’, dan beliau balas, ‘Baiklah, nanti ayah rakam’. Kelakar tapi sangat menyentuh hati,” katanya.

Sementara itu, pengguna @pi_kie menyatakan rasa bangga terhadap keperibadian Perdana Menteri.

“Beliau bukan sahaja pemimpin negara, tetapi juga seperti ayah dan datuk kepada rakyat Malaysia. Semoga Allah SWT sentiasa menjaga kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melindungi beliau daripada segala kejahatan,” ujarnya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri berkata beliau berkongsi video berkenaan atas permintaan para peminat penyanyi popular tersebut.

“Ramai peminat K-pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini.
Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tidak menghampakan para peminat,” katanya.

Terdahulu, Anwar di Korea Selatan bagi lawatan kerja selama tiga hari sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) APEC.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff