Kerajaan MADANI bukan ‘kahwin paksa’ tetapi perkongsian matang

KERJASAMA dalam Kerajaan MADANI hari ini bukan lagi boleh dianggap sebagai ‘kahwin paksa’, sebaliknya merupakan perkongsian matang yang semakin kukuh, kata Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi.

Beliau berkata, walaupun gabungan parti dalam kerajaan perpaduan lahir daripada keperluan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hubungan itu kini semakin erat menerusi pelaksanaan dasar dan perancangan bersama, termasuk pembentangan Belanjawan 2026.

“Pada saya, isu kahwin paksa itu sejarahnya, tetapi sekarang sudah ada anaknya. Anak itulah yang menjadi pengikat kasih dan tanda kasih sayang itu terus kekal. Anak itu boleh jadi dalam bentuk belanjawan, dalam bentuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA), atau dalam bentuk BUDI95,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Beliau berkata, persoalan penting kini ialah sama ada semua pihak dalam kerajaan mahu terus memelihara dan memperkukuh ‘ikatan kasih’ tersebut demi kestabilan negara.

“Persoalannya, adakah tanda cahaya mata kasih ini mahu diteruskan atau tidak? Jika tidak, maka tindakan awal mesti dibuat. Pada saya, dalam keadaan negara sedang memacu ke arah sesuatu yang baik, mengapa ia perlu diruntuhkan?,” katanya.

Budiman menegaskan, cabaran sebenar dalam kerajaan campuran bukan datang daripada perbezaan ideologi, tetapi daripada faktor dalaman dan cubaan pihak ketiga menggugat kestabilan.

“Perkahwinan paksa ini yang paling berbahaya ialah nafsu dalaman dan kehadiran orang ketiga. Sebab itu isu ‘tebuk atap’ walaupun nampak kecil, masih dimainkan. Walaupun kerajaan ini lahir daripada gabungan, ada juga ‘peminangan luar’ yang masih berlaku seperti yang kita dengar hari ini,” katanya.

Beliau turut menekankan keperluan kerajaan memperkukuh pasukan dan memahami niat sebenar di sebalik pembentangan Belanjawan 2026 yang berteraskan niat dan hasrat membangun negara secara bersama.

“Perkara paling penting ialah mengukuhkan pasukan. Bagaimana caranya? Pertama, mereka perlu memahami niat dan hasrat di sebalik belanjawan itu sendiri. Bajet ini bukan sekadar angka, tetapi lambang semangat bersama,” katanya.

Pada masa sama, Budiman turut mengingatkan bahawa semua pihak dalam kerajaan kini pernah berada di kedua-dua sisi sebagai kerajaan dan pembangkang.

Justeru, katanya, mereka seharusnya memahami nilai kerjasama demi kepentingan rakyat.

“Mereka pernah berada dalam pembangkang, dan kini menjadi kerajaan. Jadi mereka tahu, cita-cita dan idealisme politik hanya boleh direalisasikan ketika berada dalam kerajaan, bukan sebaliknya. Sebab itu, kerajaan hari ini perlu kekal kukuh, matang dan saling memahami,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff