Jangan sabotaj lepas BN umum calon PRU17 Sabah – Ahmad Maslan

PONTIAN – Berbaki seminggu sebelum Barisan Nasional (BN) mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17, ahli-ahli UMNO di negeri itu diseru supaya menerima keputusan pucuk pimpinan parti dengan hati terbuka.

Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, proses pemilihan calon kini berada pada peringkat akhir dan keputusan dibuat selepas meneliti pelbagai pandangan serta pertimbangan daripada UMNO Sabah dan UMNO pusat.

“Saya berharap siapa pun yang diputuskan menjadi calon perlu diterima. Jangan ada sabotaj atau ‘cah keting’ yang hanya akan rugikan parti pada PRU kali ini.

“Keputusan mengenai calon dibuat oleh pimpinan di peringkat negeri dan juga pusat setelah menilai semua sudut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menegaskan, menjadi calon bukan perkara mudah kerana kehidupan selepas itu bukan lagi milik diri dan keluarga semata-mata, tetapi untuk rakyat.

“Kalau dulu masa banyak untuk keluarga, selepas ini tiada lagi. Bila jadi calon, mereka perlu bekerja keras memastikan kemenangan. Saya ucapkan selamat berjuang kepada mereka yang dipilih,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan ahli yang tidak terpilih agar kekal setia dan memberi kerjasama kepada calon BN bagi memastikan kemenangan parti.

“Kepada yang tidak terpilih sebagai calon, jangan melakukan sabotaj kepada calon dan parti. Mungkin rezeki mereka akan tiba pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti,” ujarnya.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, BN hanya akan meletakkan calon di kerusi DUN yang berpotensi boleh menang tinggi pada PRU17 Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRU17 Sabah pada 15 November manakala tarikh undi awal pada 25 November dan tarikh undi pada 29 November.

Related Posts

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

BERA – Tindakan Pas menamatkan hubungan politik dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat boleh merumitkan usaha gabungan itu untuk menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Pengerusi Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

KANGAR – Projek pembinaan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Perlis yang sebelum ini berdepan pelbagai kelewatan kini menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencapai tahap kemajuan 87 peratus, sekali gus mendahului jadual asal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju