Lelaki Filipina ditahan, syabu 1.46kg bernilai RM48,000 dirampas

SANDAKAN – Seorang lelaki warga Filipina berusia 42 tahun ditahan selepas polis menemui dadah disyaki jenis syabu seberat 1,464.4 gram bernilai kira-kira RM48,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air tidak bernombor di kawasan setinggan Batu 3 di sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, serbuan dijalankan sekitar pukul 5 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Sandakan dengan bantuan Bahagian Pencegahan (BP) Sandakan.

“Hasil maklumat risikan yang mendapati rumah berkenaan digunakan sebagai lokasi penyimpanan dadah.

“Suspek dipercayai bertindak sebagai pengedar dan penjaga stor penyimpanan dadah di lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

George menambah, kejayaan tersebut hasil tindakan pantas dan kerjasama erat antara unit risikan serta pasukan operasi BSJND dan BP Sandakan.

“Pihak polis akan terus mempergiatkan usaha membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini secara berterusan dan menyeluruh.

“Komitmen ini sejajar dengan matlamat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjadikan Sandakan bebas daripada ancaman jenayah dadah,” ujarnya.

Related Posts

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

KUCHING – Hubungan antara kesihatan awam, reka bentuk bandar dan persekitaran binaan perlu diberi perhatian dalam merancang pembangunan bandar yang lebih sihat, mampan dan mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Perkara itu antara penekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA