Hak negeri tidak dikhianati, tuduhan Pas Terengganu hanyalah propaganda putar alam

TUDUHAN liar Pas Terengganu kononnya Kerajaan Persekutuan menggadai hak negeri dalam isu nadir bumi (REE) kepada Amerika Syarikat akhirnya terbukti sebagai satu lagi siri propaganda politik yang sengaja dicipta bagi menutup kegagalan pentadbiran mereka sendiri.

Perjanjian Persekutuan bukan lesen lombong

Hakikatnya mudah perjanjian yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat bukanlah lesen menggali atau menjual hasil bumi negeri seperti yang digembar-gemburkan.

Ia hanyalah rangka kerjasama teknologi dan keselamatan bekalan strategik yang membolehkan Malaysia membina kapasiti pemprosesan REE sendiri tanpa bergantung kepada kuasa besar lain seperti China.

Tiada satu pun klausa yang menyebut hak milik negeri dirampas atau hasil Terengganu dijual. Tuduhan bahawa ‘REE digadai’ hanyalah momokan politik sempit untuk mengapi-apikan sentimen negeri.

Perlembagaan jelas: Hak negeri kekal, urusan luar tanggungjawab pusat

Perlembagaan Persekutuan jelas urusan antarabangsa, perdagangan luar dan keselamatan strategik ialah bidang kuasa kerajaan pusat. Namun, lesen dan kelulusan perlombongan tetap kekal di bawah kerajaan negeri.

Maknanya, tiada sesen pun hasil REE boleh keluar dari bumi Terengganu tanpa kelulusan kerajaan negeri sendiri. Jadi, di mana logiknya dakwaan ‘Putrajaya mencabuli hak negeri’?

Sebaliknya, kerajaan pusat membuka jalan supaya negeri-negeri pengeluar seperti Terengganu mendapat manfaat lebih besar termasuk teknologi pemprosesan, peluang pekerjaan, dan pelaburan industri nadir bumi bernilai tinggi.

Pas guna isu REE sebagai ulangan skrip lama royalti minyak

Strategi Pas mudah dibaca. Setiap kali kerajaan pusat memperkenalkan dasar yang membawa pelaburan baharu ke negeri Pantai Timur, mereka akan menjerit kononnya ‘hak negeri dinafikan’.

Isu REE kini dijadikan versi baharu kepada naratif royalti minyak dimainkan dengan nada emosi, tanpa fakta, tanpa pemahaman tentang dasar mineral dan struktur perundangan negara.

Ironinya, ketika Pas memerintah negeri, mereka sendiri gagal memperkenalkan dasar perlombongan lestari, malah banyak kawasan REE tidak dikawal dan terdedah kepada eksploitasi haram.

Kini apabila kerajaan pusat mahu memperkemas sistem, mereka menuduh pula kononnya hak negeri dirampas.

Kerjasama dengan AS bukan pengkhianatan, tapi peluang

Malaysia tidak pernah memberi komitmen mengeksport REE mentah secara eksklusif kepada Amerika Syarikat. Kenyataan rasmi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengesahkan tiada sebarang janji bekalan, tiada kontrak jual beli.

Yang dibangunkan ialah rangka kerjasama teknologi dan pelaburan industri pemprosesan REE di dalam negara, supaya nilai tambah kekal di Malaysia termasuk di Terengganu sendiri.

Dengan ini, Malaysia mampu menguasai keseluruhan rantaian industri bernilai tinggi, bukan sekadar menjadi pengeksport bahan mentah.

Siapa sebenarnya mengkhianati negeri?

Pas boleh menjerit tentang ‘hak negeri’ di pentas politik, tetapi rakyat Terengganu tahu siapa yang gagal memanfaatkan hasil negeri dengan baik selama ini.

Selama bertahun, negeri kaya dengan sumber minyak, gas, REE tetapi peluang pekerjaan dan industri berteknologi tinggi tidak wujud di Terengganu.

Kerajaan negeri hanya pandai menuding jari, bukan membina masa depan ekonomi anak muda.

Sekarang apabila kerajaan pusat cuba membawa pelaburan dan teknologi, mereka memutar isu dengan slogan ‘pusat rampas hak negeri’.

Ini bukan perjuangan ini manipulasi politik yang menipu rakyat.

Rakyat Terengganu jangan tertipu

REE bukan milik Putrajaya, tetapi juga bukan lesen untuk Pas berpolitik murahan.

Kerajaan Persekutuan kekal menghormati hak negeri di bawah Perlembagaan, sambil memastikan sumber strategik negara diurus secara profesional, lestari, dan berfaedah kepada semua rakyat Malaysia.

Sudah tiba masanya rakyat Terengganu sedar isu ini bukan tentang hak negeri yang hilang, tetapi tentang Pas yang kehilangan arah.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar