Projek ECRL tidak pinggir kontraktor, subkontraktor Bumiputera

KUANTAN – Kontraktor dan subkontraktor Bumiputera di Pahang sentiasa diberi ruang untuk terbabit secara langsung dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ia membuktikan komitmen Malaysia Rail Link (MRL) untuk menyediakan sehingga 40 peratus kerja sivil dalam projek ECRL dilaksanakan subkontraktor tempatan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemilihan kontraktor dan subkontraktor yang layak juga dilakukan secara telus dan berintegriti.

“Majlis Cabutan Undi Pakej Kerja Subkontraktor Bumiputera bagi projek ECRL di Pahang yang diadakan pagi ini di ECRL Basecamp, KotaSAS, memberi peluang penyertaan yang adil dan telus kepada kontraktor tempatan.

“Majlis ini menjadi platform penting dalam memperkukuh penglibatan syarikat Bumiputera dalam sektor pembinaan, sekali gus menyokong agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera di negeri ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Wan Rosdy berkata, sehingga 30 September lalu, kemajuan keseluruhan pembinaan projek ECRL di tiga negeri Pantai Timur mencapai 88.08 peratus, manakala di Pahang pula mencatat kadar kemajuan lebih tinggi iaitu 90.17 peratus.

Projek mega ECRL dijangka siap menjelang akhir tahun 2026 dan diharap mampu memberi limpahan kemakmuran serta manfaat ekonomi kepada rakyat dan negeri-negeri yang terlibat.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak