Kementerian sasar selesai laksana Kempen Internet Selamat suku ketiga 2026

RAUB – Kempen Internet Selamat (KIS) dijangka selesai dilaksanakan di 10,000 sekolah di seluruh negara menjelang suku ketiga tahun depan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat pertengahan Oktober lalu, kempen itu selesai dilaksanakan di 6,000 sekolah di seluruh negara.

“Di Pahang, kita telah melaksanakan kempen ini di hampir 400 sekolah, namun sasaran keseluruhan masih belum dicapai.

“Hasrat saya menjelang tahun depan, kita dapat menamatkan pelaksanaan di semua sekolah, bukan sahaja di Pahang tetapi di seluruh negara,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan KIS Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Raub Indah, di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mano Verabathran.

Fahmi berkata, kementerian akan melantik Ikon Kapten Kadet bagi membantu menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan internet secara berkala semasa perhimpunan mingguan di sekolah.

“Ini termasuk mengenai ancaman jenayah dalam talian (scam) terkini serta dasar kerajaan seperti keputusan mengehadkan penggunaan media sosial kepada individu berusia bawah 16 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan projek Point of Presence (PoP) di 170 sekolah di Pahang bagi memperluaskan capaian jalur lebar.

“Projek ini baru selesai proses tender dan kerja-kerja dijadualkan bermula di 170 sekolah di Pahang pada Januari 2026.

“Sebelum ini, sebanyak 17 sekolah di bawah fasa pertama telah siap dilaksanakan,” katanya.

MCMC turut melaksanakan pemasangan kemudahan Wi-Fi di sekolah-sekolah berkenaan bagi memastikan capaian internet yang lebih baik untuk kegunaan guru dan pelajar.

“Saya juga berbincang dengan Menteri Pendidikan mengenai usaha membantu pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah, dengan keutamaan diberikan kepada sekolah berasrama penuh di Pahang dan ini boleh dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar